Travelogue Terbaik

Terjah Blogger Nur Ikaa

@Terowong Informasi |

Sunday, 15 July 2012

Jalan Raya Terlebar Di Dunia

Di negara maju, penggunaan kereta di negara tersebut boleh dikatakan banyak di jalan raya. Ia sama seperti di Malaysia. Jika kereta sudah banyak di jalan raya, pastinya kesesakkan jalan raya akan berlaku di mana sahaja. Seperti di Kuala Lumpur. Jalan raya di Kuala Lumpur semuanya 4 lorong sehala. Ia sudah cukup besar di Malaysia. Tapi anda terfikir tak jalan raya mana terlebar di dunia?

Jalan raya terlebar di dunia buat masa sekarang ini adalah terletak di Buenos Aires, Argentina. Nama jalan raya ini adalah avenida 9 de julio. Jalan raya disini mempunyai 16 lorong dan mempunyai lebar sebanyak 140m. Besarkan?

Jika kita mahu melintas di jalan raya ini, pastinya ia akan mengambil masa sedikit untuk kita melintas sebabnya ia jauh sedikit. Nama 9 de julio ini diambil sebagai perhormatan hari kemerdekaannya pada 9 Julai 1816. Walaupun jalan raya ini mempunyai 16 lorong, kesesakkan jalan raya masih berlaku di kawasan ini.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright©2011-2013.All Right Reserved By Terowong Informasi